Image

SPRM DIMINTA SIASAT PENYELEWENGAN MINYAK .

Menteri Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan perbuatan rasuah melibatkan anggota agensi penguat kuasa termasuk daripada kementerian itu dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi.

beliau amat kecewa dengan perbuatan itu dan menasihatkan agar anggota terlibat supaya menghentikannya segera jika tidak mahu berdepan dengan tindakan tegas.

turut menyifatkan perbuatan segelintir anggota itu sebagai tidak bermoral daripada sudut agama mahupun aspek kemanusiaan.

“Jika benar kegiatan itu berlaku dan ada pula anggota kementerian yang terlibat, lebih baik hentikanlah. Saya akan meminta SPRM menyiasat perkara ini,”.

terdapat anggota agensi penguat kuasa secara berkumpulan melindungi sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dengan menerima rasuah satu sen bagi setiap satu liter diesel bersubsidi yang diselewengkan.

Sikap tidak amanah itu dilaporkan bukan hanya melibatkan sesetengah anggota penguat kuasa di satu atau dua buah agensi penguat kuasa malah hampir semua agensi yang diberikan tanggungjawab untuk membanteras penyelewengan diesel subsidi termasuk di laut.

Pendedahan yang dilakukan oleh satu sumber kepada Mingguan Malaysia itu memberikan jawapan mengapa perbuatan yang dianggap mensabotaj ekonomi negara tersebut tidak dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

beliau sama sekali tidak akan berkompromi jika terdapat anggota penguatkuasa daripada kementeriannya terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Tiada tolak ansur dalam soal ini kerana kita mahu memastikan penyelewengan diesel subsidi ini diperangi habis-habisan, tanpa mengira siapapun yang terlibat,”.

Dalam pada, beliau menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyusun semula strategi pembahagian bahan api bersubsidi dengan lebih efektif bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati golongan yang memerlukan.

subsidi yang disediakan kerajaan sewajarnya hanya diberikan kepada golongan sasar tertentu.

“Saya menyokong usaha Perdana Menteri untuk merangka strategi baharu bagi memastikan subsidi hanya diberikan kepada golongan sasar tertentu dengan mengguna pakai kaedah kuota,”.

 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s