Ada Undang-Undang, Ada Akta, Tapi Tak Ada Telur

Semenjak tahun 2005, undang-undang dan segala peraturan di Malaysia hanya berpihak kepada Pakatan Rakyat. Jangan cakap tentang keadilan, tentang kesamarataan atau pun kesaksamaan kerana setakat ini, segala-galanya berpihak kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Kejayaan terbesar Pakatan Rakyat adalah membasmi Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A). Walaupun digantikan dengan satu akta baru iaitu SOSMA dan pemantapan PCA dan Akta Polis, namun sehingga kini kebanyakan tindakan yang diambil termasuklah kekangan dan halangan negara ini daripada berpecah belah, masih terlalu minima.

Kita perhatikan perkembangan terkini. Selepas Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014, tiada lagi sebarang tindakan mahupun ulasan daripada Kementerian Dalam Negeri yang diberikan amanah menjaga keselamatan dalam negeri. Sedangkan pada masa yang sama, terdapat terlalu banyak pencabulan undang-undang yang telah dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim sendiri.

refor3

Buku REFORMASI 2.0 yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kepada Anwar Ibrahim, mula diedarkan pada 20 Mac berselang beberapa hari sebelum pembuangan undi PRK DUN Kajang. Secara terang-terangan, kempen dan ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim sendiri mempertikaikan keputusan mahkamah itu walaupun pada masa yang sama, Anwar Ibrahim dan kumpulan peguamnya sedang berusaha menunggu tarikh sebutan di Mahkamah Persekutuan dan kemudian mencari jalan pula agar tarikh di Mahkamah Persekutuan ditangguh-tangguhkan, sepertimana yang mereka lakukan ketika perbicaraan Liwat II dan prosiding di Mahkamah Rayuan.

Penghinaan terhadap mahkamah dan hakim-hakim Mahkamah Rayuan dilakukan secara terbuka dan terang-terangan. Laporan polis telah dibuat. Pada masa yang sama, macai-macai Pakatan pula, menggunakan segala medium untuk membesarkan lagi cerita pembohongan Anwar Ibrahim.

Polis pula kelihatan seperti tenggelam punca untuk mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan undang-undang sedia ada. Polis mungkin boleh menangkap dan menahan untuk seketika, tetapi mereka akhirnya terpaksa melepaskan suspek kerana beberapa perkara yang turut melibatkan mahkamah. Contoh terbaik ialah apabila mahkamah tidak membenarkan reman ke atas orang yang ditangkap, menyebabkan mereka terpaksa dibebaskan walaupun siasatan perlu dijalankan.

Dalam kes terbaru membabitkan Tian Chua, Ahli Parlimen Batu, memperlihatkan secara jelas bagaimana undang-undang dan akta sedia ada tidak berkesan langsung untuk membanteras golongan pengacau yang mahu menimbulkan kekacauan dan huru-hara dalam negara ini.

Celakalah Negara Polis

Tian Chua secara terbuka telah menyatakan bahawa dia akan menggulingkan kerajaan dengan apa cara sekalipun. Laporan polis telah dibuat. Polis tidak mampu menahan Tian Chua memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada tidak membolehkan polis berbuat begitu. Sebaliknya polis perlu mengumpul bukti terlebih dahulu.

Pensitaan komputer mini dan telefon pintar Tian Chua di lobi sebuah hotel di Petaling Jaya telah cuba digemparkan oleh Tian Chua. Tian Chua segera melabelkan negara ini sebagai NEGARA POLIS dan cuba menimbulkan persepsi bahawa dia telah dianiayai dan tindakan polis adalah salah walaupun hakikatnya, polis telah menyerahkan waran kepadanya tetapi enggan dibaca dan ditandatanganinya. Dengan kata lain, Tian Chua enggan berkompromi dan memberikan kerjasama.

Dalam kes berkenaan, Tian Chua cuba melakukan pembohongan apabila memberitahu media, kononnya pegawai-pegawai polis berkenaan tidak memperkenalkan diri sebaliknya sekadar menyatakan mereka perlu menyita telefon dan komputer mininya. Sedangkan hakikatnya, dua orang pegawai polis yang menghampiri Tian Chua telah pun memperkenalkan diri – seorang dari D9 Bukit Aman berpangkat DSP dan seorang lagi berpangkat Inspektor – serta menunjukkan kad kuasa polis serta waran bongkar kepada Tian Chua.

Kini, di sana sini, Tian Chua sedang berkempen bersama-sama para penyokongnya untuk menimbulkan kemarahan rakyat, terutama sekali mereka yang tidak tahu apa yang sedang berlaku dan mengapa polis bertindak menyita telefon dan komputer mininya.

Pada masa yang sama, kempen demonstrasi BANTAH GST sudah memasuki peringkat aktif dengan BANTAH GST telah bertukar mnejadi REFORMASI 2.0 yang jelas untuk Anwar Ibrahim dan konco-konconya berbuat sekehendak hati di negara ini tanpa tertakluk kepada undang-undang.

danaik2

Walaupun secara jelas memang terdapat pembabitan PARTI KOMUNIS MALAYA terutama sekali dalam Forum Rakyat yang diadakan di Melaka, sedangkan bekas pengganas komunis tidak boleh terlibat dengan politik sama sekali, nampaknya undang-undang dan akta di negara ini tidak dapat menyekat pembabitan golongan yang pernah menyebabkan negara ini menjadi neraka, daripada mengulangi semula tindak-tanduk subversif mereka.

Secara jelas, kita memang ada undang-undang dan kita memang ada akta serta peraturan, tetapi pihak berkuasa negara kita TIDAK MEMPUNYAI TELUR yang cukup keras untuk mengambil tindakan kerana kita terlalu takut dengan golongan subversif tersebut. Semuanya berpunca daripada kelemahan minda yang menyatakan, sebarang tindakan keras akan menyebabkan golongan subversif lebih kuat!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: