PANAS! !! MAHKAMAH PUTUSKAN WAN AZRI BUKAN PAPA GOMO! ANWAR DEMAM KAPIOKA!

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini bukan pengendali laman blog Papa Gomo sepertimana yang didakwa sebelum ini.

Keputusan tersebut berikutan Peguam kepada Datuk Shukri Mohamed, Hisham Fauzi, gagal membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo dalam tuntutan saman RM10 juta terhadap defendan.

Ketika membacakan keputusan, mahkamah mendapati tiada sebarang dokumen yang boleh membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo malah keterangan saksi plaintif bukan satu bukti sahih yang boleh disahkan oleh mana-mana dokumen rasmi.

Mahkamah kemudiannya memutuskan Shukri membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada defendan.

Sebelum ini Shukri memfailkan saman terhadap Wan Azri yang dikatakan sebagai Papa Gomo berikutan terbitan artikel dalam blog bertajuk ‘Ratusan Ribu Wang Lesap Disamun Penasihat Sultan Kelantan’ beralamat di http://www.papagomo.com pada 4 Mei 2011.

Tuntutan Shukri juga meliputi arahan Wan Azri mengemukakan permohonan maaf secara terbuka termasuk mengiklankannya di akhbar berbahasa Melayu tempatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: