Tindakan tegas terbabit perhimpunan haram: IGP

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka terbabit perhimpunan haram berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat bekas pembantunya.

    

Khalid berkata sebarang bantahan melalui perhimpunan haram di jalan raya tidak dibenarkan sama sekali dan polis akan memantau keadaan di seluruh negara serta akan mengambil tindakan tegas mengikut perundangan.

“Saya menyeru kepada pihak tertentu supaya bertenang dengan apa juga keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

    

“Saya meminta supaya tidak ada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan haram untuk membantah kerana ini adalah proses perundangan dan apa juga tindakan bantahan perlu dibuat di mahkamah,” hari ini.   

Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

    

Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA Mohd Saiful telah dicemari.

 “Sekarang keadaan terkawal dan saya harap keadaan berterusan beginilah. Semua diminta bersabar dan mengikut segala proses undang-undang yang sedia ada”.

pihak polis telah bersiap sedia untuk menjaga keamanan awam dan berharap tiada pihak cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s