Ahli Sunnah ikut amalan Nabi

 

 

 

  • Ahli Sunnah ikut amalan Nabi 

Bagi mereka yang mengambil berat isu aliran pegangan dan pemahaman dalam Islam, ada perbezaan dalam mentakrif maksud istilah Ahli Sunnah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kata Ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mokhtar Syafie.

Katanya, Ahli Sunnah merujuk kepada aliran pemahaman yang utamakan amalan Nabi Muhammad SAW sahaja, bukan selain daripada itu.

Ahli Sunnah Wal Jamaah pula,adalah mereka  yang mengambil kira apa sahaja Nabi Muhammad SAW lakukan dan yang Baginda benarkan serta diamalkan oleh sahabatnya dan Nabi mengetahui.

“Misalnya, solat Tarawih lapan rakaat. Lebih dari itu, Nabi tidak buat. Sebab itu, dikata ikut sunnah saja. Nabi sepanjang hayatnya mengimamkan solat itu lapan rakaat saja sehingga setelah beberapa kali, Nabi tidak keluar sembahyang (Tarawih) dan sahabat-sahabat saja yang solat Tarawih.

“Apabila ditanya esoknya, kenapa Rasulullah tidak hadir berjemaah semalam, Baginda menjawab, aku tidak mahu solat Tarawih ini nanti diwajibkan sebab kalau aku buat sepanjang masa, ertinya wajib dan wahyu masih turun. Untuk memberikan pilihan kelonggaran kepada umatnya, jadi Nabi tidak meneruskan,” .

Menurut Mokhtar, ada sebab mengapa Nabi mengerjakan Tarawih hanya lapan rakaat iaitu untuk memberikan kelonggaran kepada umat Islam terutama di peringkat zaman awal Islam.

“Nabi tahu sahabat-sahabatnya menunaikan lebih daripada lapan rakaat, ada yang buat 20, 40 malah lebih daripada itu, tetapi tidak dilarang.

“Maknanya, untuk beribadat seperti solat Tarawih, tidak dihadkan kepada lapan rakaat saja.Ertinya, ada pilihan. Namun, jika berpegang kepada apa yang Nabi amalkan, itulah sebabnya timbul sunnah lapan rakaat saja,”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s