Polis tembak mati suspek kes samun bersenjata

 

     

Seorang penjenayah yang amat dikehendaki berkaitan beberapa kes samun bersenjata, mati ditembak polis selepas dia bertindak menyerang anggota polis yang cuba menahannya di Jalan Reko, Kajang, dekat Kuala Lumpur, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata hasil risikan polis mendapati suspek lelaki dikenali sebagai ‘Sasi’ itu sedang memandu sebuah kereta Honda Odyssey di Jalan Reko sebelum sepasukan polis tiba untuk menangkap suspek.

Suspek yang panik melihat tiga kenderaan polis terus bertindak agresif dengan melanggar sebuah daripadanya dan cuba merempuh seorang anggota polis.

“Anggota polis tiada pilihan dan terpaksa melepaskan dua das tembakan. Suspek mati di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.  

Abdul Ghani berkata siasatan awal polis mendapati kenderaan yang digunakan suspek dipercayai dicuri di Kluang, Johor.

Suspek dipercayai turut terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjata dan curi kenderaan di Lembah Klang.

“Kita masih siasat sama ada suspek mempunyai anggota kumpulan lain atau tidak. Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang,.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s