Pengusaha belacan terjejas

 

 

  • Pengusaha belacan terjejasKira-kira 20 pengusaha belacan di sekitar Simpang Empat dekat sini, kerugian hampir ribuan ringgit setiap hari apabila mereka tidak boleh menjemur belacan akibat hujan berterusan.

Tinjauan di sekitar tiga kampung iaitu di Kampung Sungai Berembang, Kampung Kurung Tengar dan Kampung Sungai Baru mendapati, tiada seketul belacan pun diproses pengusahanya.

Che Saudah Hamzah, 53, dia tidak dapat menghasilkan belacan selepas hujan berterusan sejak minggu lalu.

keadaan itu membuatkan ramai pelanggannya dari seluruh negara kecewa sebaik sahaja tiba di rumahnya untuk membeli makanan pembuka selera itu.

“Sekarang ini sudah empat hari kami kehabisan stok, belacan tidak dapat diproses dan dijemur jika hujan.

“Ia sekurang-kurangnya perlu dijemur selama tiga jam untuk memastikan belacan ini kering dan dapat dibungkus serta dijual kepada pelanggan,”.

Menurut Che Saudah, setiap hari sebanyak 6,000 ketul belacan boleh dihasilkan namun selepas hujan turun tanpa henti, dia dan keluarganya terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit setiap hari.

Risau hilang pelanggan tetap

Perkara yang sama turut berlaku kepada Hussain Maidin, 66, yang mampu menghasilkan 2,000 ketul belacan dalam sehari sebelum ini.

Ujar Hussain, pada dua minggu lepas, dia menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan udang, tetapi masih dapat menghasilkan belacan biarpun bekalan lambat sampai.

“Ini langsung tak boleh nak jual, jika cuaca berterusan begini, saya agak risau akan kehilangan pelanggan tetap.

“Udang kara saya selalu beli sehingga dua tan untuk stok selama tiga bulan. Sekarang, udang tersebut telah pun digaul dengan garam dan ia terpaksa diperam di stor sebelum menunggu cuaca pulih semula untuk dijemur.

“Di sini saya dah ada kira-kira hampir dua tan belacan yang belum siap diproses, ada tauke kedai telefon saya marah-marah kerana ramai pelanggan mereka merungut belacan yang selalu mereka beli habis,”.

Pulang hampa

Sementara itu bagi Jamal Senapi, 66, berkata, setelah 20 tahun mengusahakan perniagaan belacan, ini kali pertama dia terjejas teruk selepas tidak dapat menghasilkan belacan.

cuaca kali ini agak buruk berbanding musim hujan tahun lalu.

“Saya tanggung kerugian kira-kira RM 600 sehari sepanjang minggu ini, ramai pelanggan yang datang terus ke rumah saya terutamanya pada musim cuti sekolah ini.

“Pelanggan yang datang dari jauh contohnya yang datang makan kenduri di rumah saudara mara sekitar negeri ini pulang dengan hampa,  saya yakin pengusaha lain turut mengalami keadaan sama seperti saya,”.

Jamal yang juga dikenal sebagai Pak Su Din kini menjual udang kara di depan kedainya dengan harga sebungkus RM1 bagi menampung pendapatan hariannya.

Dia berharap cuaca akan pulih kembali tidak lama lagi bagi menyambung semula kerja menjemur belacan seterusnya dapat dijual kepada pelanggan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s