Diskriminasi ke atas pekerja Melayu?

 

 

  • Diskriminasi ke atas pekerja Melayu?

 

 

Amalan diskriminasi pekerja kaum Melayu sememangnya wujud di sesetengah syarikat bukan Bumiputera kata Pengarah Hak Asasi Manusia Manusia, Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna-pengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia), Muhammad Sha’ani Abdullah.

amalan diskriminasi itu bukan saja dari segi pengambilan pekerja, tetapi turut membabitkan layanan selepas diterima kerja.

“Misalnya, syarikat bukan Melayu tidak membenarkan pekerja Muslim memakai tudung. Hak kakitangan juga ditindas apabila ada yang disuruh melakukan kerja penting menjelang musim perayaan.

“Lebih malang, ada syarikat bukan Melayu yang dianggotai ahli lembaga pengarah berbangsa Melayu. Tetapi, mereka langsung tidak memainkan peranan untuk mencegah penindasan sebegini,”.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang menerima banyak aduan tentang diskriminasi syarikat bukan melayu terhadap pekerja Melayu.

Khairul Anwar dilaporkan berkata, aduan  paling banyak diterima adalah berhubung dengan syarat mesti mahir berkomunikasi dalam bahasa Mandarin atau Kantonis untuk diterima bekerja.

Muhammad Sha’ni berkata, laporan sebegitu pernah diterimanya ketika memegang jawatan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

“Memang ada laporan yang kita terima daripada pekerja. Malah, saya pernah hantar surat aduan ke hotel yang tidak membenarkan pekerja Muslimnya bertudung.

“Kita juga ada hantar surat ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Tetapi, baru-baru ini kita semak, masih tiada perubahan,” .

Oleh itu, katanya, pekerja perlu berani membuat laporan sekiranya terdapat amalan diskriminasi kakitangan berdasarkan kaum oleh majikan.

“Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, diskriminasi pekerja mengikut kaum tidak sepatutnya berlaku. Menjadi tanggungjawab pekerja agar menyalurkan maklumat sekiranya mendapati situasi ini terjadi.   

“Mereka boleh menyalurkan aduan kepada Suhakam dan NGO lain. Ini bagi memastikan majikan tidak berani melakukan amalan sebegini,”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s