Apa dosa Ustaz Kazim pada puak PAS?by dukeofmontecristo

 

Astaghfirullahil’azim. Dunia politik PAS tiba-tiba gundah gulana, kecoh dengan fitnah, caci maki dan hina nista apabila Ustaz Kazim Elias diumumkan tersenarai dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO baru-baru ini. Ada juga pihak yang kononnya bergelar “ustaz” PAS melatah dan tergamak melemparkan tohmahan terhadap beliau. Islam jenis apakah ini?

 

Saya mengerti bahawa PAS rasa terhina bila Ustaz Kazim dipelawa untuk dilantik menganggotai MT UMNO. Apatah lagi beliau merupakan salah seorang ahli PAS. Namun mungkin disebabkan polisi PAS yang tidak boleh ditegur dan semakin menolak kedudukan ulama Islam di dalam parti itu berbanding ulama PAS, maka disebabkan itu Ustaz Kazim tidak mendapat tempat di dalam jemaah mereka.

 

Perkembangan terkini melaporkan bahawa Ustaz Kazim telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selama sejam hari ini bagi membincangkan tentang perlantikan beliau sebagai MT UMNO.

 

Selesai bertemu PM, Ustaz Kazim mengiystiharkan secara rasmi keluar dari PAS dan menyerahkan pada Najib untuk mengumumkan hasil perbincangan selama 1 jam tersebut. Satu jam bukanlah satu jangka masa yang pendek. Pada saya, banyak yang sempat dibincangkan di antara PM dan Ustaz Kazim.

 

Sebelum ini, Ustaz Kazim dilaporkan pernah memberitahu bahawa beliau perlu bertemu Presiden UMNO untuk mengetahui peranan beliau di dalam MT dan apakah beliau akan terhalang untuk melakukan aktiviti dakwah yang menjadi kegemarannya.

 

Paling utama, Ustaz Kazim tertanya-tanya apakah UMNO mampu memberi jaminan bahawa tangannya tidak akan terikat, mulutnya tidak akan terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan seperti mana sekarang bebas menegur tanpa sebarang sekatan dari pihak kepimpinan parti?

 

Pada saya, berdasarkan kenyataan dan persoalan Ustaz Kazim itu, beliau akan menerima perlantikan MT tersebut berdasarkan tujuan lantikan, kepentingan aktiviti dakwahnya dan prinsip “berkata benar walaupun pahit” selain dibenarkan menegur secara langsung perkara-perkara yang dilhat bertentangan dengan Islam sebenar.

 

Jadi, saya tidak melihat permintaan dan persoalan Ustaz Kazim itu sebagai satu penghalang untuknya menganggotai MT UMNO. UMNO kini sedang di fasa transformasi dan saya yakin PM tidak keberatan langsung untuk memenuhi syarat atau permintaan tersebut.

 

Berkenaan dengan isu Ustaz Kazim keluar dari PAS. PAS perlu lihat perkara itu dalam kacamata demokrasi. Kalau PAS gembira apabila ada ahli UMNO yang keluar parti dan menyertai parti mereka, mereka juga perlu berfikiran terbuka untuk menerima yang sebaliknya. Itu barulah erti demokrasi dan terbuka. Lagipun, bukannya keluar dari PAS itu hukumnya “murtad” dari sudut Islam, bukan?

 

Saya meminta agar PAS bersikap terbuka terhadap isu Ustaz Kazim ini. Apa salahnya beliau menyertai UMNO dan diberi peluang menentukan dasar UMNO? Apakah berdosa dan menyalahi hukum Islam jika seorang ustaz menyertai UMNO? Jika tidak bertentangan dengan hukum Islam, mengapa pula puak PAS harus marah-marah?

 

Ustaz Kazim tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Tapi dari isu ini, jelas PAS pula yang melanggar hukum Islam dan berdosa terhadap Ustaz Kazim. Apakah tidak berdosa mencela Ustaz Kazim dengan kata-kata nista seperti “anjing, babi, macai” dan memfitnah beliau dengan membayangkan dirinya disogok dengan “projek mewah”? Sila berikan dalil naqli yang menghalalkan kelakuan jijik itu jika ada…

 

Sebelum ini PAS mendakwa ahlinya dijamin syurga jika menyertai PAS ekoran parti itu kononnya “dipandu” ulama. Tapi memandangkan perkembangan terkini selepas muktamar PAS berakhir, nampaknya kepimpinan ulama semakin terpinggir. Mungkin dimulut PAS masih melaungkan “meneruskan kepimpinan ulama”, tapi berdasarkan keputusan pemilihan kepimpinan tempohari ianya jelas bertentangan dengan ungkapan tersebut.

 

Saya akui UMNO tidak sempurna kerana tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah SAW. Mungkin disebabkan itulah maka Najib melantik Ustaz Kazim sebagai MT bagi mendekatkan lagi parti kami dengan Islam. Kami juga umat Islam yang dahagakan keredhaan Allah dan konsisten memperjuangkan agama Islam di bumi Tanah Melayu ini.

 

Kami juga mahu dimasukkan ke syurga Allah dan kami berusaha ke arah tersebut secara istiqamah. Apakah salah kalau kita sama-sama bertemu di syurga Allah di akhirat kelak? Salahkah UMNO mendekatkan diri dengan ulama? Atau PAS suka kalau UMNO menjauhi golongan ulama? Golongan ulama itu hak eksklusif PAS sahajakah di Malaysia ini? Mazhab dan ajaran mana PAS pakai?

 

Pada saya, isu lantikan Ustaz Kazim sebagai MT UMNO sebenarnya tidak wajar pun menjadi isu. Malah tidak wajar pun disusuli dengan kami hamun, caci cerca, fitnah atau pun ugutan dari pihak PAS. Tapi memandangkan kejumudan tahap pemikiran puak-puak PAS tersebut, maka terpaksa pula dijelaskan tentang isu ini. Apa PAS tak punya akal untuk berfikirkah? Wallahu’alam…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s