UPP rampas 100kg daun ketum.

Seorang lelaki dipercayai warga Thailand diberkas oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) selepas motosikalnya terbabasketika cuba menyeludup keluar 100 kilogram daun ketum, di Chuping semalam.

 

Komander UPP Chuping Asisten Supritenden Syed Basri Syed Ali berkata dalam kejadian pukul 3 petang itu, motosikal lelaki berusia 20 tahun tersebut terbabas ketika dia cuba melarikan diri daripada pasukan UPP yang melakukan kawalan di kawasan kebun getah, kira-kira satu kilometer dari pagar sempadan. 

 

Hasil pemeriksaan ke atas motosikal bernombor pendaftaran Thailand itu, pihak UPP menemukan empat guni plastik mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan 100 kg, bernilai RM10,000, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

 

Katanya dalam siasatan awal, lelaki yang tidak mempunyai dokumen perjalanan itu mengaku rakyat Thailand dan daun ketum tersebut mahu dibawa masuk ke negara berkenaan.

 

Suspek dan daun ketum berkenaan sudah diserah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Padang Besar untuk siasatan lanjut.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s