Umno akan suntik RM40j dalam Utusan Malaysia

dikemaskini Umno akan menyuntik sekurang-kurangnya RM40 juta pelaburan dalam Utusan Melayu (M) Bhd, syarikat yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, melalui cadangan ‘two-call rights issue (TCRI)’.

Menurut satu makluman kepada Bursa Malaysia lewat semalam, ini akan melonjakkan saham Umno dalam Utusan Melayu daripada 49.8 peratus kepada 53.1 peratus.

Bagaimanapun, Umno telahpun memberi perjanjian untuk mengambil semua terbitan hak yang tidak diambil oleh pemegang saham lain.

Jika ini berlaku, pegangan Umno dalam Utusan Melayu boleh melonjak setinggi 67.2 peratus.

Menurut Kod Pengambilalihan dan Penggabungan 2010, kenaikan pegangan sebanyak dua peratus akan membawa kepada tawaran pengambilalihan mandatori untuk semua saham dalam Utusan Melayu yang belum dimiliki Umno.

Bagaimanapun, Umno memohon kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk 

mendapat satu pengecualian, supaya ia boleh menyokong usaha Utusan Melayu untuk mengumpul dana tanpa menanggung kos faedah selanjutnya.

Terbitan hak adalah satu tawaran oleh sesebuah syarikat kepada pemegang sahamnya untuk membeli saham tambahan (juga dikenali sebagai saham hak), seimbang dengan setiap saham yang sudah dimiliki pemegang saham.

Terbitan TCRI selalunya berlaku apabila sesebuah syarikat menerbitkan saham pada harga di bawah nilai tara, seperti yang dihasratkan oleh Utusan Melayu.

Dalam TCRI, pemegang saham sedia ada akan membayar sebahagian daripada harga terbitan, dan bakinya akan dibiayai daripada pendapatan tersimpan atau rizab syarikat.

Dalam kes ini, Umno akan membayar 68 sen atas permohonan, dengan baki 32 sen sesaham direkodkan dalam perakaunan (accounting entry) tanpa melibatkan wang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s