Kebaya Perlis terbesar masuk rekod Malaysia.

Kolej Komuniti Arau mencatat sejarahnya tersendiri apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records menerusi penghasilan baju kebaya Perlis terbesar.

 

Kebaya itu yang dipersembah dalam ‘Program Kebaya Fest Road to Milan’ bersaiz 8.5 kali ganda saiz ‘M’, menggunakan 341 meter kain dan disiapkan oleh pelajar dan pensyarah kolej dalam tempoh 15 hari.

 

Pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records Zulhairi Md Zin di Kangar malam tadi.

 

Program yang julung kali diadakan itu disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Sebanyak 124 pasang kebaya diperaga dalam program yang disertai oleh 15 kolej komuniti yang menawarkan pengajian fesyen dari seluruh negara itu.

 

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Amir Md Noor dalam ucapannya berkata program berkenaan bukti kualiti kursus yang ditawarkan oleh kolej komuniti.

 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berangkat ke majlis. Hadir sama isteri menteri besar Perlis, Nor Aswana Omar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s