Perwakilan Jadikan Chai Sebagai Senarai Yang Perlu Diikuti

 

Sistem lama pemilihan Umno menetapkan kuota pencalonan untuk melayakkan seseorang bertanding jawatan bagi peringkat Majlis Tertinggi.

Presiden – 30 peratus

Timbalan Presiden – 20 peratus

Naib Presiden – 10 peratus

Ahli MT – 5 peratus

Sesiapa yang tidak melepasi peratusan kuota yang ditetapkan tidak layak untuk bertanding. Tujuan sistem ini diperkenalkan untuk memastikan orang yang mendapat sokongan bahagian sahaja yang boleh bertanding.

Ini bagi mengelakkan seseorang masuk bertanding sesuka hati. Selain daripada peratusan kuota, sistem lama juga hanya membolehkan 13 orang perwakilan dari setiap bahagian bagi mewakili ahli-ahli di bahagian tersebut untuk memilih pemimpin peringkat Majlis Tertinggi. 

Jumlah perwakilan 13 orang setiap bahagian bila dikali dengan 191 Bahagian Umno seluruh negara ianya menjadi 2483 orang. Terdapat rungutan daripada ahli-ahli yang mengatakan adalah tidak adil apabila hanya 2483 orang sahaja daripada lebih 3 juta ahli Umno yang berkuasa memilih pemimpin peringkat atasan. Selain itu ianya memudahkan calon-calon untuk membeli undi daripada perwakilan atau pun dipanggil politik wang. 

Apabila Datuk Seri Najib dipilih menjadi Presiden Umno 2009, beliau mengambil berat tentang perkara ini. Satu kaedah pemilihan baru diperkenalkan bagi untuk memberi ruang dan peluang yang lebih besar kepada ahli-ahli Umno untuk memilih pemimpin atasan. Selain itu juga untuk mengatasi masalah politik wang. Maka wujudlah sistem pemilihan baru.

Jika dulu hanya 2483 orang yang berkuasa untuk memilih pemimpin atasan, sistem baru pula membolehkan 146, 500 orang perwakilan yang berkuasa untuk memilih pemimpin atasan. Secara puratanya setiap bahagian mempunyai 767 orang perwakilan. Bayangkan daripada 13 orang setiap bahagian melonjak kepada 767 orang. Berapa puluh kali ganda punya peningkatan ? Selain daripada peningkatan perwakilan, kelayakan untuk bertanding pun dipermudahkan.

Macam-macam yang pemimpin atasan buat demi untuk memastikan parti terus relevan sepanjang zaman. Tetapi sayangnya…..sayangnya….ahli dibawah tidak menghargai ruang dan peluang yang diberikan oleh pemimpin di atas. 

Kenapa saya kata begitu ? Saya ada kisah yang nak diceritakan….Sabtu 12 Oktober 2013, pemilihan peringkat sayap parti telah berlangsung. Daripada tinjauan yang dilakukan sendiri dan daripada soal selidik dan tanya khabar yang saya lakukan, didapati rata-rata perwakilan tidak menggunakan kesempatan yang diberikan sebaik mungkin. 

Perwakilan tidak membuat homework untuk mengenal pasti seseorang calon samada mereka layak dipilih atau tidak. Mereka tak periksa pun siapa dia ni ? Dari mana ? Apa latar belakangnya ? Senang cerita, rata-rata perwakilan tidak kenal pun siapa calon yang bertanding. Sebaliknya mereka main pilih mengikut senarai chai yang dibekalkan oleh ejen calon. 

Mereka menjadikan senarai dalam chai itu sebagai calon yang wajib dipilih…Di persidangan satu Pemuda Bahagian yang saya hadiri, satu chai telah diletakkan di dalam beg perwakilan. Chaitersebut untuk pemilihan Pemuda Pusat.

Semasa pengundian berjalan perwakilan sedikit pun tanpa rasa bersalah letak chai di sebelah kertas undi dan menulis nombor-nombor calon mengikut yang tersenarai dalamchai.

 Bagi mereka apa yang diletak dalam beg itu wajib diikut. Apabila keputusan diumumkan ianya sama sepertimana yang tersenarai dalam chai. Saya hubungi kawan-kawan di bahagian lain….rata-rata mereka memberitahu perkara yang sama. Perwakilan mengundi mengikut chai yang mereka dapat. Jalan mudah…tak payah nak pening-pening kepala nak fikir atau nak buat homework untuk mengenal pasti calon. Jika begini caranya maka jawabnya sia-sia sahaja perubahan yang cuba dibuat oleh pemimpin atasan. Ahli-ahli dibawah bercakap senang….Umno kena berubah….pemimpin kena berubah dan bla…bla…bla…Tapi diri sendiri bila nak berubah ? Kita nak parti kita terus maju, kuat dan relevan sepanjang masa. Tapi bila kita diberi kuasa untuk membuat keputusan, kita sia-siakan. Jadi, kalau parti kita jahanam, jangan salahkan pemimpin atasan 100 peratus. Kita sendiri pun turut menjadi penyumbang. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s