Sunday, October 13, 2013

 

TERKINI ! @ZAHID_HAMIDI BERTERIMA KASIH KEPADA PORTAL & MEDIA SOSIAL PEMBANGKANG !!

 

Saya tertarik dengan temuramah Mingguan Malaysia dengan DS Ahmad Zahid Hamidi, Menteri KDN yang juga merupakan Naib Presiden UMNO.

Di antaranya :

Sejak Datuk Seri mengambil alih KDN, serangan pembangkang terhadap kementerian itu meningkat.

Komen Datuk Seri? AHMAD ZAHID :

Saya berterima kasih kepada liputan oleh portal berita, akhbar dan media sosial yang didalangi oleh pembangkang.

Sebelum ini saya tidak dapat liputan. Tentunya ini melonjakkan populariti saya kerana yang saya pentingkan ialah rakyat Malaysia secara keseluruhannya. 

Bukan sebilangan kecil yang menjadi perosak kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Jika ada pihak yang berkenaan itu mempertahankan hak asasi manusia mereka yang melakukan jenayah, tentu hak asasi keseluruhan rakyat Malaysia harus dipertahankan termasuk pegawai dan anggota polis yang tertembak atau terbunuh ketika operasi dilakukan. 

Bagaimana pula hak asasi manusia mangsa-mangsa tembakan, rompakan atau pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah itu? Mengapa tiada pembelaan? Daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pemimpin pembangkang yang mempertahankan hak asasi manusia penjenayah, saya tidak fikir mereka propenjenayah. Jika mereka tidak propenjenayah, mereka mesti pro pada majoriti rakyat keseluruhannya. Jadi, ketegasan saya kerana menjaga kepentingan majoriti rakyat, bukan kepentingan penjenyah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s