Misai Kucing di Perlis disemai dalam sinki.

 

Ia bukan kaedah penanaman baru, tetapi di Perlis Misai Kucing disemai dalam sinki, sehingga dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Pembiakan pokok herba itu antara projek kurang memuaskan jabatan pertanian di samping kegagalan membangunkan kawasan lapangan dan menggunakan peralatan memproses herba bernilai RM350,000 serta pengeluaran tidak memuaskan.

“Semakan audit juga mendapati anak pokok Misai Kucing disemai melalui keratan batang.”Ia dibiarkan sementara di dalam sinki sehingga berakar, sebelum dipindahkan ke dalam polibeg,”.

Penemuan juga mendapati, pemprosesan teh Misai Kucing tidak mengikut prosedur, antaranya batang yang dituai hanya disimpan di atas para dan daunnya tidak dilerai dan dikeringkan dengan segera.Manakala herba yang diproses pula tidak diuji daripada segi nutrisi dan belum mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan bagi menentukan ia selamat diminum.

Sementara itu, audit juga mendapati sebanyak 17,125 Tongkat Ali musnah dalam kebakaran pada tahun 2009 dan sehingga kini belum dibangunkan semula atas alasan “sering berlaku kebakaran”.

Nilai perolehan untuk tanaman menggunakan 7 hektar tanah itu berjumlah 80,000.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s