KENYATAAN DATO’AHMAD MASLAN BERKENAAN PEMBERIAN SUBSIDI PADA RAKYAT.

Berikut adalah kenyataan saya pada hari Khamis 12/9/13 di Kementerian Kewangan MOF Putrajaya selepas Majlis Bantuan sempena Syawal kpd 503 staff MOF yg terpilih drpd kategori sokongan, Oku, ibu tunggal dll ttg Rasionalisasi Subsidi. 7 org pemberita yg hadir & mempunyai alat perakam suara ada bersama ketika sidang media:

“Kajian oleh Kerajaan menunjukkan pemberian subsidi bahan api adalah tidak bersasar tetapi tersasar di mana rakyat berpendapatan tinggi mendapat menafaat terbesar berbanding rakyat berpendapatan rendah. Berdasarkan jumlah perbelanjaan keseluruhan isi rumah di Msia ke atas petrol RON 95, hanya 30% disumbangkan oleh kumpulan berpendapatan kurang drpd rm3ribu sebulan. PURATA perbelanjaan ke atas petrol isi rumah berpendapatan kurang rm3ribu sebulan adalah rm132 sebulan, berbanding rm375 sebulan oleh isi rumah yg berpendapatan lebih rm5ribu sebulan. Kajian oleh IMF Tabung Kewangan Antarabangsa pula mendapati, di seluruh dunia, manfaat subsidi petrol kpd rakyat mengikut pendapatan isi rumah adalah tidak baik. Lebih 80% drpd manfaat subsidi petrol dinikmati golongan 40% isi rumah berpendapatan tinggi. Manakala bagi diesel dan gas petroleum cecair LPG, 65% dan 70% drpd manfaat subsidi dinikmati golongan 40% isi rumah berpendapatan tinggi. Namun, pemberian subsidi tertentu akan diteruskan tetapi perlu bersasar ( targeted ) kpd rakyat yg layak bukan tersasar”.. [kontroversi kemudian berlaku ttg kenyataan saya itu sbb angka rm132 & rm375 sebulan penggunaan petrol kpd 2 kumpulan pendapatan isi rumah. Saya mengulang kenyataan kpd pemberita yg hadir agar angka2 yg saya sebut tidak silap dipetik. Perlu diingat perkataan PURATA adalah amat penting. Contohnya dlm sebuah isi rumah yg ada ayah, ibu dan 3 anak, maksud purata pendapatan rm3ribu ialah pendapatan 5 org dlm rumah itu samada ibu atau anak2 yg mendiami dlm rumah itu bekerja atau tidak, kecil, besar, masih bersekolah atau tidak. Purata perbelanjaan ke atas petrol isi rumah juga begitu, dibahagi kpd yg ada kereta, ada motorsikal dll dlm rumah itu, isi rumah dari Perlis hingga ke Sabah, rumah teres atau rumah panjang, bandar atau di kws pedalaman. Maksud purata juga ialah sbhg isi rumah berbelanja lebih, sbhg pula kurang drpd angka yg dinyatakan itu. Angka itu betul utk purata seluruh negara. Pengiraan purata itu pula bersumberkan drpd Penyiasatan Perbelanjaan Isi rumah 2009/10 (Household Expenditure Survey HES) oleh Jabatan Perangkaan Msia (DOSM) yg dibuat setiap 5 tahun sekali.

Tkasih. 

Dato’ Ahmad b Maslan Timb Menteri Kewangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s