Shahidan tanding kerusi Majlis Tertinggi

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim belum memikirkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO sebaliknya hanya menawarkan diri untuk kerusi Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti berkenaan Oktober ini. ini kerana beliau memikirkan perpaduan dalam parti perlu menjadi keutamaannya supaya UMNO kembali bangkit menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran untuk memperjuangkan bangsa dan negara.”Setakat ini, biarlah saya tawarkan diri untuk MT, malah calon-calon yang menawarkan diri jawatan Naib Presiden pun sudah cukup hebat yang tidak memerlukan saya untuk turut serta.”Saya hanya akan bertanding sekiranya saya melihat keadaan menjadi sebaliknya, atau ada unsur-unsur cuba memecahbelahkan perpaduan dalam parti dan merasakan saya perlu campur tangan, ketika itu baru saya akan bertanding,” kata beliau.Shahidan berkata selepas mengedarkan 500 naskhah akhbar Utusan Malaysia tajaan beliau dan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Alwi di sini, semalam.Mengenai pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Shahidan berkata, tumpuan utamanya ialah untuk menyatupadukan semula ahli parti di semua peringkat di ketiga-tiga bahagian di negeri ini.”Sekarang adalah masa untuk sama-sama menguatkan semula UMNO, bukan lagi masa berbalah sesama sendiri.”Saya mahu melihat perpaduan dalam UMNO di Perlis, barulah kita dapat bergerak menjadi sebuah parti yang kuat supaya boleh menjamin masa depan cukup baik kepada masyarakat,”.

 

 

Admin mendoakan agar Yb Ds Shahidan Kassim peroleh kemenangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s