PM: Terima keputusan p’raya demi perdamaian     Perdana Menteri Datuk

 

PM: Terima keputusan p’raya demi perdamaian

 

     

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembangkang perlu menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 dan menghentikan perbalahan dengan kerajaan untuk membolehkan perdamaian nasional berlaku.

NONE

 

 

 

 

 

“Perdamaian nasional pokoknya ialah penerimaan keputusan pilihan raya umum ke-13. Kalau pembangkang masih berterusan dengan himpunan dan menggambarkan tak terima keputusan, tetapi sebaliknya membayangkan untuk berhasrat supaya untuk lihat masa hadapan.

“Sebab itu saya kata, terima keputusan pilihan raya dan (cadangan) menubuhkan majlis. Kalau Yang Berhormat tegur pihak kami, kami pun boleh tegur pihak Yang Berhormat.

“Kalau berbalah, sampai bila takkan berlaku rekonsiliasi nasional. Pokoknya, terima keputusan pilihan raya,”.

ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib menimbulkan soal perdamaian nasional itu untuk menghadapi polarisasi kaum yang didakwa berlaku, dan juga sikap yang ditunjukkan pengundi Cina dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Najib seterusnya mencadangkan penubuhan satu rundingan bagi mencapai pendamaian itu.

majlis berkenaan perlu membincangkan cara untuk menangani polarisasi kaum, pemupukan keharmonian antara agama serta pembentukan dasar sosial yang inklusif.

“Dan mungkin perkara lain juga boleh dibincangkan dalam majlis tersebut.  Kita akan jemput semua pihak yang mewakili masyarakat awam, dan juga dari pihak pembangkang dan kerajaan.

“Dari sini kita boleh ambil langkah ketetapan untuk menentukan kesejahteraan rakyat”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s