PilihanRaya Umum ke-13

-SINGKAP KEMBALI PRU 13-

 

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali, setelah 2 bulan mengharungi detik kepayahan dan peritnya pertembungan Pilihanraya Umum ke 13 saya kembali dengan menulis kembali blog yang tidak seberapa ini.

 

Perjuangan seseorang pahlawan itu tidaklah beerti jika PRU 13 tidak mengecapi kemenangan.

Menyingkap kembali 14 hari kempen Pilihan Raya umum ke 13, saya amat bersyukur dimana Barisan Nasional telah Berjaya menawan kembali negeri Kedah yang pada PRU 12 dulu BN tumpas kepada PAS dan Pas membentuk kerajaan. Kini BN telah menerajui kembali kedah dimana menampilkan beberapa muka baru untuk menguatkan kembali jentera PRU sama ada di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri BN tellah menawan kembali dimana Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir telah di lantik menjadi Menteri Besar negeri kedah. Kembalinya Mukriz ke kedah menampakkan yang kedah telah menyingkap kembali zaman kegemilangan ketika era Tun M mentadbir kedah ketika itu.

 

Pulau Pinang pada PRU 13 kali ini tidak ada perubahan yang menarik sungguh pun UMNO dan Melayu adalah yang palin ramai di Pulau Mutiara, namun bangsa cina masih lagi menjadi ketuloi untuk melaksanakan kerja-kerja Barisan Nasional. Namun DAP Berjaya menambahkan kerusi DUN untuk terus menguasai negeri Pulau Pinang.

 

Selangor adalah sebuah negeri yang Berjaya  dalam sektor perindustrian tapi malangnya rakyat negeri itu tidak dapat menerima pentadbiran BN, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abd. Razak terlalu banyak membuat perubahan menyaksikan boleh dikatakan dekat PRU ramai yang keluar DAP,PKR dan PAS, “Sudah Cukup Sudah” berapa banyak episode wayang yang di mainkan dan dilakonkan negeri yang ingin kan perubahan bermula dari rakyat biarpun boleh dikatakan keseluruhan nya keluar dari Parti PKR, DAP dan PAS ianya tidak akan member kesan yang mendalam kepada BN untuk merampas kembali Selangor walupun “Manifesto” bukanlah janji pada rakyat namun rakyat masih tidak dapat menerima perjuangan yang dibuat oleh Barisan Nasional.

 

“Sudah Cukup Sudah” Apa lagi janji yang bakal dibuat Pakatan Rakyat kali ini untuk tempoh 5 tahun untuk rakyat negeri Selangor?? Masihkah ada lagi ibu tunggal yang tidak akan terima elaun, bagaimana dengan air Percuma yang dijanjikan??, oh,, ya terluap elaun anak kecil pula bagai  mana?? Mampukah mereka melaksanakan janji mereka untuk rakyat negeri Selangor??

 

Kelantan adalah sebuah negeri dipantai timur yang ramai dikalangan rakyatnya merantau untuk mencari rezeki di “Ibu Negara”. Kelantan adalah sebuah negeri pengeluar produk ulamak yang unggul. Walaupun Kelantan dilanda bermacam krisis politik ketika pentadbiran TG Nik Aziz Nik Mat yang kini telah melepaskan Jawatan Mneteri Besar yang telah lama disandang beliau selama 23 tahun kini beliau melepaskannya. Apakah MB baru mampu menerajui Kelantan?? . Berjaya juga nik aziz turun walaupun masih lagi PAS masih lagi mentadbir negeri yang menerima jolokan “serambi Mekah” ini juga tidak member apa-apa kesan yang besar untuk Barisan Nasional merampas kembali negeri gelombang Merah itu. Boleh dikatakan setiap bulan PM tumpu di Kelantan sampai symbol “T” menjadi identity rakyat Kelantan pun masih juga tidak mampu BN rampas kembali dari kerajaan PAS. Apa lagi formula yang akan digunakan pada PRU 14??

Daripada 4 negeri pada PRU 12 yang lalu kini hanya tinggal 3 negeri yang ditadbir pembangkang DAP di Pulau Pinang , PKR di Selangor manyaksikan Dap dan PAS menguasai masing –masing dengan 15 kerusi DUN, manakala PKR menguasai 14 kerusi DUN, selebihnya BN bagaimana dengan PKR mampukah untuk terus mentadbir selaku Menteri Besar dan mengetuai kerajaan negeri Selangor??

Barisan Nasional masih agi mempu membentuk kerajaan bermula dari Perlis, Kedah, Perak, Negeri 9, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Walaupun ada di negeri yang bertambah kerusi pembangkang tetapi masih lagi BN mentadbir negeri.

 

“Alhamdulillah” Barisan Nasional Berjaya mentadbir dan membentuk Kerajaan Malaysia walupun 133 kerusi Dewan Rakyat berkurangan dari PRU 12 sebanyak 140 kerusi ketika zaman Pak Lah ketika itu, kini Najib terpaksa menelan kepahitan.

 

Selamat mentadbir Barisan Nasional teruskan untuk terus membantu rakyat disegenap pelusuk Negara, Janji Barisan Nasional tetap ditepati walaupun ada penyokong pembangkang BN tetap beri bantuan dan sumbangan.

 

Janji BN Janji Ditepati, Janji Pembangkang Bukan Janji tetapi pembohongan kepada rakyat.

 

Senarai Menteri besar/Ketua Menteri baru yang di lantik.

 

Perlis – Azlan bin Man .

Kedah – Mukhriz Tun Mahathir.

Melaka – Idris Harun

Johor – Khaled Nordin

Kelantan – Datuk Ahmad Yakcob

 

Senarai Menteri Besar / Ketua Menteri yang kekal .

 

Pulau Pinang – Lim Guan Eng

Selangor – Khalid Ibrahim

Terengganu – Ahmad Said

Pahang – Adnan Yaakob

Sarawak – Taib Mahmud

Sabah – Musa Aman.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s