Penceroboh digempur

Pasukan keselamatan lancar serangan ofensif di Kpg Tanduo

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi semalam.

Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira jam 7 pagi dengan serangan udara. Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.

Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.

Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo, letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental FELDA Sahabat tempat beliau menginap. Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.

Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam kelmarin dan polis dija-dual mengadakan sidang akhbar pada jam 10 pagi.

kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagai-mana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

“Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka,”.

penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri mereka sebagai Tentera Sulu di Sabah telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh pen-ceroboh di Semporna.

“Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan, pihak berkuasa negara ini akan bertindak,”.

sejak pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari lepas, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.

“Polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius,”.

Najib berkata sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkat perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk meng-elakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

“Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh ti-dak berniat untuk keluar dari tanah Sabah,”.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s