Dr Juanda: Saya memang timbang serius sertai PRU13
     

 
 
 
 
 
dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dr.Juanda mengesahkan telah mendapat tawaran dari banyak pihak untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Dr Juanda, pemegang zamalah Universiti Oxford kelahiran Sarawak itu turut mengakui langkahnya menyertai pilihan raya merupakan “persoalan besar” yang perlu difikir semasak-masaknya.

“Saya memang tengah timbang serius untuk masuk (bertanding pada) pilihan raya kali ini.

“Banyak pihak sudah jumpa dan tawar. Sekarang dalam proses analisis keadaan semasa dan kesesuaian. Ini soal besar,” katanya dalam satu kiriman SMS semalam.

beliau dan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Dr Juanda kemungkinan bertanding di Parlimen Kangar, Perlis atas tiket PKR. Manakala Mohd Asri dikatakan akan bertanding di Pulau Pinang.

NONEBagaimanapun semalam beliau yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilapor akan mengumumkan pendirian rasminya berhubung perkara itu dalam masa terdekat ini.

Mohd Asri (kanan), rakan seperjuangannya, Dr Juanda juga memerlukan tempoh antara dua hingga tiga minggu sebelum mengumumkan pendirian rasminya.

“Ya (tempoh dua atau tiga minggu). Bagi saya masa buat analisis,”

Dr Juanda adalah lulusan syariah Univerisiti Al-Azhar 1991 hingga 1995.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-undang Keluarga Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s