Bila Ketuanan Melayu Di Hina,Dimanakah Kita Bila Raja Melayu Di Persenda

 
 
Dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung ..itu adalah puluhan juta peribahasa Melayu yang sebenarnya banyak bersembunyi dengan kata-kata dengan alasan ketertiban dan sopan santun.Menyampaikan secara lisan secara turun temurun agar di dengari dari generasi-generasi namun alunan peribahasa ini terlalu sentimental ala-ala gurindam dan syair yang mendodoikan anak-anak muda dalam lena yang cukup panjang.Takkala satu persatu maruah bangsa dilondehkan dan di lelong di pasar paling murah,anak muda Melayu lebih leka melayari fesbuk di ruangan gossip bersama Aaaron Aziz atau Nealofa..peduli apa dengan politik..asalkan aku boleh berfesbuk bersama bahan-bahan picisan yang langsung tidak membantu membina minda apatah lagi jasad bangsa yang semakin reput di mamah masa dan petualang bangsa.
 
 
Kisah Maruah bangsa Melayu yang semakin dipersenda bukanlah perkara baru,tsunami politik selepas PRU12 menyaksikan beberapa rentetatan peristiwa yang begitu meruntum jiwa,tak perlulah disenaraikan kerana ianya seperti meletakkan garam kedalam luka yang tak mungkin sembuh.Terbaharu ketika berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.Perlakuan beberapa ahli politik pembangkang yang dikatakan mempersendakan dan mengejek-ngejek Raja-Raja Melayu.Kejadian ini di ceritakan oleh Dr Rahman Kadir di dalam fesbuk beliau.
Sebenarnya tidak kira lah siapapun kita samada pemimpin kerajaan ataupun pembangkang dan begitu juga rakyat jelata Institusi Raja tidak perlu diheret dalam pertimbangan politik.Kebebbasan dalam berpolitik tidak bermakna mereka sebagai ahli politik boleh memiliki kebebasan mutlak.Jika mereka sebagai pemimpin politik tidak menghormati Institusi Raja,adakah mereka ini boleh menghormati rakyat kebanyakan  seperti kita?Rakyat kebanyakan hanya di hargai tiap kali ingin meraih undi bagi mencapai cita-cita politik.Dan episod penderhakaan ini lebih sadis lagi kerana dilakukan oleh segelintir pemimpin politik berbangsa Melayu yang begitu bangga menelanjangkan maruah bangsa.Bagi bangsa lain yang mengaku sebagai rakyat Malaysia seharusnya membaca Rukun Negara dan menghayatinya kerana jika anda tidak memahaminya..berhijrahlah ke sebelah tambak Johor sana..mungkin di sana akan ditakdirkan batu nesan anda.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s