Apa kecoh-kecoh ni Khalid, Anwar dan Nurul?
 
Pada 6/11, Anwar dengan lantangnya telah membuat tuduhan bahawa UMNO adalah dalang yang telah mengarahkan JAIS untuk menyiasat kenyataan murtad Nurul Izzah. Kononnya, ini semua sandiwara politik UMNO.
 
Tapi, pada 7/11, keesokan harinya, Khalid Ibrahim, MB Selangor, telah tampil dan mengaku bahawa dialah yang telah mengarahkan JAIS untuk menyiasat kenyataan murtad Nurul Izzah.
 
Mari kita baca kenyataan penuh Khalid Ibrahim.
 
 
 
MB minta Jais siasat Nurul Izzah
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu  melakukan siasatan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan dengan kebebasan beragama, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini
Beliau berkata siasatan itu perlu bagi mengelakkan umat Islam terkeliru, dan memastikan tiada impak negatif terhadap umat Islam berikutan kenyataan itu.
” Saya menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan Jais itu adalah untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki umatnya meninggalkan  agama.
“Kita mahu jati diri umat Islam itu kukuh dan ini adalah tanggungjawab seorang Islam untuk menjaga umat Islam yang lain,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
 
Alamak, Anwar kantoi lagi lah!! Selama ni dia tuduh JAIS jadi alat UMNO, rupanya orang PKR sendiri yang arahkan JAIS untuk menyiasat!
 
Selama ni berbuih mulut Anwar dan pemimpin-pemimpin lain dalam PKR, PAS dan DAP mempertahankan kenyataan Nurul Izzah. Kononnya kenyataan Nurul Izzah tu tak salah dan tiada sebab untuk JAIS menyiasat Nurul Izzah.
 
Rupa-rupanya Khalid Ibrahim yang arahkan JAIS untuk siasat Nurul Izzah!
 
Ini satu tamparan hebat untuk Anwar!! Anak buah sendiri sudah berani lawan bos!!
 

Bagus juga lah Khalid Ibrahim jadi Exco Agama, sekurang-kurangnya dia sedar isu murtad ni isu penting yang melibatkan akidah umat Islam. Kalau Exco Agama dipegang oleh orang PAS macam Khalid Samad @ Khalid Gereja, jangan haraplah JAIS nak siasat. Entah-entah, JAIS sendiri akan keluar kenyataan sokong Nurul Izzah seperti yang dikeluarkan Khalid Samad sebelum ini!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s