Lantik ‘panglima’ yang tepat terajui BN Perlis.

 
Lantik 'panglima' yang tepat terajui BN Perlis

 Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mahu Barisan Nasional (BN) memilih “panglima” yang tepat untuk mengetuai jentera parti itu di Perlis dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Orang itu mestilah seseorang yang menggerakkan seluruh jentera BN serta berjuang memastikan kejayaan BN di Perlis.

Shahidan menggariskan beberapa kriteria yang perlu ada pemimpin berkenaan antaranya berani, amanah serta dikehendaki oleh rakyat sebagai Menteri Besar.

“Kalau kita tak dapat komander yang bagus dalam pilihan raya kali ini, kita akan ada masalah. Kita nak komander sekarang, nak pergi pilihan raya kita nak komander itu,”

Jelas Shahidan, ciri-ciri itu juga selaras dengan konsep memilih pemimpin seperti yang ditetapkan dalam Islam.

Shahidan bagaimanapun menegaskan kenyataannya ini tidak bermaksud bahawa beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui Perlis.

Beliau sebaliknya yakin Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menilai sendiri kemampuan pemimpin yang layak untuk memimpin BN di Perlis.

Shahidan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis memberitahu jentera BN di Perlis sudah siap sedia untuk menghadapi PRU-13 dan hanya menunggu masa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

jentera BN di Perlis akan memastikan pembangkang tidak menang satu kerusi pun di negeri itu dalam PRU-13 nanti.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN menang ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis dan hanya kalah dua daripada 15 kerusi DUN. Dua kerusi yang dimenangi oleh PAS itu ialah DUN Sanglang dan DUN Simpang Empat yang terletak di bawah kawasan Parlimen Arau.

Sementara itu mengulas kedudukan kawasan Parlimen Arau yang jentera pilihan rayanya beliau terajui, Shahidan yakin segala-segalanya akan berjalan lancar dan BN akan memperbaiki rekod 2008 menang bersih kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s