PAS letak Aishah bertanding PRU-13

 
PAS mungkin letak Aishah bertanding PRU-13 - Mustafa Ali
 
PAS tidak menolak kemungkinan mencalonkan penyanyi Aishah untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan ia belum diputuskan.

“PAS Pusat memang menerima nama Aishah daripada PAS Negeri Sembilan untuk dijadikan calon pilihan raya akan datang.

“Setakat ini, ia masih dalam pertimbangan dan belum diputuskan,”

Aishah mahu diletakkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Jempol.

“Aishah dipilih kerana nama beliau dihantar oleh PAS Kawasan Batu Kikir sendiri dan setakat ini PAS negeri menerima pencalonan tersebut.

“PAS negeri hanya menunggu ‘lampu merah’ dari PAS Pusat untuk mengumumkan Aishah sebagai calon pilihan raya,”

Aishah menyertai PAS tahun lepas. Beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Pusat Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s