PAS sedia letak calon bukan Islam dalam PRU13
1hinggasejuta.wordpress.com    

PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.
    
DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.
    
“Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di Kuala Terengganu semalam.

Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Bahru.
    
Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s