JAMBATAN PULAU PINANG DIJANKA SIAP LEBIH AWAL.

Jambatan kedua Pulau Pinang dijangka siap awal
Jambatan kedua Pulau Pinang

Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka siap pada September 2013 iaitu dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Ketika ini, projek itu telah siap 90.15 peratus, melebihi daripada jadual asal sebanyak 2.92 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, kementeriannya sedang dan akan terus memantau dengan teliti projek tersebut bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

“Pembinaan jambatan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Pulau Pinang, sekali gus meningkatkan pengangkutan awam serta kualiti hidup penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah ditubuhkan pada 9 Julai 2008, sebagai syarikat konsesi untuk jambatanberkenaan dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

JKSB bertanggung jawab dalam pembinaan,  pengurusan, operasi dan penyelenggaraan jambatan itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s